Tuesday, June 9, 2015

Tip jimat elektrik



Pembayaran bil elektrik meningkat dari sehari ke sehari. Pelbagai peralatan elektrik yang terdapat di kediaman, sudah tentu penggunaan tenaga elektrik semakin meningkat sekaligus menyebabkan kos juga bertambah.

Macam reen sebagai isteri, tentunya nahu membantu suami menjimatkan perbelanjaan untuk tujuan ini. Berikut adalah tip penggunaan dan penjimatan tenaga elektrik di kediaman. Praktikkan dan korang pasti dapat berjimat besar.

PETI SEJUK

●Pilih saiz peti sejuk yang bersesuaian dan menepati keperluan keluarga. Elakkan daripada membeli peralatan yang bersaiz terlalu besar.

●Dapatkan peti sejuk yang mempunyai labael tenaga. Skim pelabelan ini dilaksanakan di bawah seliaan Suruhanjaya Tenaga. Ia akan memberi maklumat tentang peratusan penjimatan peti sejuk digunakan.

●Apabila hendak meninggalkan rumah untuk jangka masa yang lama, kosongkan dan cuci peti sejuk. Tutupkan suis peti sejuk.

●Pastikan gelung kondenser sentiasa bersih. Habuk dan kotoran pada gelung kondenser akan mengurangkan kecekapan peti sejuk.

● Elak meletakkan peti sejuk pada tempat panas.

● Berikan sedikit ruang di sekeliling peti sejuk bagi membolehkan pengaliran udara bebas.

PENYEJUK BEKU

● Penyejuk belu jenis tegak menggunakan lebih banyak tenaga berbanding peti penyejuk jenis peti.

● Penyejuk beku seelok-eloknya sentiasa penuh bagi mengelakkan pembentukan ais.

● Gunakan pembalut dan bekas kedap udara dan wap apabila menyimpan makanan yang ingin disejukbeku bagi mengelakkan makanan menjadi kering.

●Sebelum membuka penyejuk beku, kenal pasti barang yang diinginkan. Membuka pintu berulang kali membazirkan tenaga.

●Nyah fros penyejuk beku apabila terdapat fros setebal 6mm.

CEREK

● Elemen pemanas pada cerek elektrik hendaklah sentiasa dibersihkan untuk untuk mengurngkan penggunaan tenaga.

● Amalkan mendidih air dengan menggunakan dapur gas kerana ia lebih murah dan efisien.

●Sediakan termos di rumah bagi menyimpan air panas yang telah didihkan. Ini boleh menjimatkan anda daripada sentiasa mendidih air apabila hendak menggunaka  air panas.

● pilih cerek elektrik yang saiznya bersesuaian dengan keperluan. Lebih besar cerek, lebih lama masa diambil untuk memanaskan air.

KETUHAR

● Elakkan daripada memanaskan ketuhar terlebih dahulu sebelum memasak.

● Padamkan ketuhar lima hingga 10 minit sebelum had masa memasak kerana ini dapat menggunakan haba yang tersimpan dalam ketuhar. Ini boleh menjimtkan 10 hingga 25 peratus tenaga elektrik.

●Pastikan pintu ketuhar sentiasa tertutup rapat.

●Sebelum memasak, defros makanan terlebih dahulu kerana ini menjimatkan tenaga.

●Rancang penggunaan ketuhar. Masak beberapa jenis makanan sekali gua. Ini menjimatkan elektrik sebanyak 60 peratus.

PERIUK NASI ELEKTRIK

●Pastikan bahagian luar periuk pemanas berkenaan kering sepenuhnya sebelum memasukkannya kedalam periuk nasi elektrik.

●Tanggalkan palam kuasa jika periuk pemanas tersebut tiada ditempatnya atau ia tidak digunakan.

ALAT PENGISAR

●Tutup suis dan cabutkan plag setelah menggunakannya.

●bersihkan mata pengisar selepas menggunakannya. Tenaga dapat dijimatkan sekiranya mata pengisar dalam keaadan bersih dan tajam.

● Jangan angkat bekas pengisar ketika motor sedang berpusing bagi mengelakkan kerosakan pada komponen.

Moga tips diatas dapat membantu anda.

Terima kasih bagi sebarang komen ya:-)


Location: Taman Air Manis, Sabak Bernam, Malaysia

0 comments:

Post a Comment