Friday, December 5, 2014

Tips banyakkan susu dengan pucuk betik

Selamat tengahari semua. Alhamdulillah hari ini diberi kesempatan untuk bernafas. Alhamdulillah dengan rezekimu.

TIPS BANYAKKAN SUSU DENGAN PUCUK BETIK >>

Setiap ibu yang melahirkan anaknya pasti mempunyai impian mahu menyusukan anak sepenuhnya. Selain itu, sudah tentu susu yang pekat dan banyak impian seorang ibu. Disini saya ingin berkongsi sedikit tips untuk perbanyakkan susu.

1.PUCUK & BUNGA BETIK

Tahukah anda pucuk dan bunga betik dapat menghasilkan susu yang pekat dan banyak. Caranya mudah sahaja. Hanya perlu celur bunga dan pucuk betik kedalam air mendidih sehingga lembut. Siap boleh dimakan begitu sahaja atau dibuat ulam makan bersama nasi.

2.ISI KUNYIT & LEMPOYANG

Saya suka minum jus ni. Uoolss jangan fikir rasa tak sedap. Fikir khasiatnya. Kunyit ini bukan sahaja boleh memperbanyakkan susu, malah bagus untuk mencuci darah. Ambil seinci isi kunyit dan isi lempoyang. Bersihkan, tumbuk isi kunyit dan lempoyang sehingga lumat. Kemudian perahkan airnya kedalam cawan. Siap untuk diminum tidak perlu tambah gula.

3. PEGAGA

Pegaga sangat berkhasiat untuk mencuci darah, awet muda memperbanyakkan susu. Saya pun suka sangat dengan jus pegagaga ini tau. Ambil secekak pegaga bersama akakrnya. Cuci sehingga bersih kemudian masukkan kedalam blender, masukkan secawan air blender sehingga hancur, tapiskan dan perah ambil airnya. Tidak perlu tambah gula. Minum plain memang sedap:-)

4.LOBAK PUTIH

Mesti ada yang tak tahu lobak putih ye? Dia sama sahaja macam lobak merah tetapi berwarna putih. Anda yang kekurangan susu boleh juga amalkan makan lobak putih ini. Ambil sebatang lobak putih buang kulit, basuh dan potong halus2 secara bulat. Ambil bawang putih,bawang merah, sedikit ikan bilis. Hiris bawang putih dan merah. Tuangkan sedikit minyak kedalam periuk, tumiskan bawang putih n merah dan ikn bilis setelah naik bau masukkan air tunggu sehingga mendidih dan masukkan lobak yang sudah dihiris. Tunggu sehingga lobak empuk. Siap untuk dimakan bersama nasi panas.

5. IKAN YU

Ikan yu ini memang sangat membantu untuk menghasilkan susu berkhasiat dan pekat. Ikan yu ink boleh cuba resepi masak kari. Memang sedap.hheee

6. MINUM AIR 3 LITER

Tahukah anda pengambilan air yang cukup membantu penghasilan susu yang cukup. Susu tidak akan terhasil jika kurang minum air. Disiplinkan diri minum air 3 liter sehari. Bukan susu sahaja banyak. Malah badan pun.cergas kulit pun cantik:-)

7.MOOD

Timbulkan mood yang happy, seronok, tenang dan jangan pernah ada perasaan terpaksa. Penghasilan susu sukar terhasil. Percaya atau tidak susu mudah terhasil jika kita tenang, gembira. So tak payah stress k. Telan sahaja vit b mesti seronok. Hihi

8.SUPPLEMENTS

Tahukah anda pengambilan supplements secara konsisten dapat membantu mempercepat penghasilan susu dengan banyak dan pekat. Saya pengguna tegar esp dan alfalfa bagi membantu memperbanyakkan susu saya.Sebelum saya mengamalkan esp n alfalfa susu.cair, anak cepat lapar, meragam. Saya pun jadi tension. Alhamdulillah setelah saya consume pengambilan esp dan alfalfa susu mencurah2 pekat dan anak tidak meragam dan kenyang. Selain itu saya akan telan vit b bagi mood saya stabil. Hehe

Jika anda mahu mengetahui dengan lebih lanjut  sila

Call/sms/wasap:0108910956
Fb:azureennurainkhaire
Fanpahe:sihatjelita
Email:Azureennurainkhaire@gmail.com

0 comments:

Post a Comment