Monday, June 1, 2015

6 Tips untuk memiliki rambut berkilat dan sihat

Assalamuaalaikum..

Reen ni suka sangat bila tenguk rambut orang yang lebat, hitam berkilat pulak.. memang bonus la kan kalau macam tu. Bukan bonus la pada reen kalau diri sendiri rajin confirm boleh lebat, berkilat, hitam rambut tu ha macam FAUZIAH GAOUS tu ha.. hehee

ZAman makin moden dan canggih sekarang ni macam-macam boleh buat tau.!! Nak rambut lebat, panjang, hitam, berkilat?? Tak susah pun janji duit ada. Jenis reen ni pulak dari kecik sampai dah besar  sukasangat guna petua orang dulu walau oang ramai kata dah lapuk n susah tapi bagi reen tak pun , sebab petua orang dulu ni lah yang menjadi tau. Jom check yang mana sesuai uolss buat antara 6 petua ni.

1. SANTAN PEKAT

●ambil sebiji kelapa, kopek kelapa tersebut kemudian parut.

●campurkan kelapa yang sudah diparut bersama air, kemudian ramas2 kelapa dan perahkan kelapa tadi kedalam besen.  Buat santan pekat la ye.Tapis santan yang telah diperah tadi ye.

●masukkan santan yang sudah diperah tadi kedalam peti ais, dalam 30 minit keluarkan. Ambil santan pekat yang telah mendak keatas tu kan, cuba tenguk dia dah jadi macam krim kan. So tunggu apa lagi sapukan secara merata keseluruh rambut sehingga kekulit kepala.

●tutupkan dengan tuala, biarkan diperam selama 1 jam. Sesudah itu bolehlah dibilas dan bersyampoo :-)

2. DAUN BUNGA RAYA

hah guna daun bunga raya ni reen paling suka, mak abah dah ajar memang dari kecik lah guna daun ni memang best kepala rasa sejukje.

●senang je caranya. Kalau nak bagus cari bunga raya yang daunnya putih tu lagi bagus. Sebab lendir dia lagi banyak.

● Ambil sebesen sederhana daun bunga raya. Basuh bersih daunnya, kemudian ramaskan daun bunga raya tu sehingga mengekuarkan lendir. Camur air sedikit.

●bila dah keluar lendir tu bolehla terus sapu dekat rambut. Sapulah sampai basah kuyup haaha. Biarkan selama1 jam atau sampai kering bolehla bila. :-)

3.AIR TEH

Kalau ada lebih2 air teh tu jangan mengada nak buang. Dah membazir pulak kan. Basahkan rambut dengan air teh dan tunggu selama 1 jam. Kalau lama2 mau bersemut kang ahaha. Lepastu bilas la nak syampu ke kan. :-)

4.YOGURT

Pastikan pilih jenis plain yogurt tau. Tak payah mengada nak pilih yang ada buah bagai. Bukan nak makan pon!! Hehe.

●masukkan yogurt kedalam mangkuk. Sapukan yogurt ke rambut sehingga rata. Biarkan ia mengeras dah siap bolehla bilas then syampu.

5. ALOEVERA

Aloevera ni pun reen suka sangat2. Tak rugila kalau cuba kalau dekat rumah uolss banyak aloevera ni.

●ambil 5 tangkai aloevera, kopekkan kulit dan ambil isinya sahaja.

●blender isi alovera tadi sehingga hancur, kalau nak cair tambah air sikit, tapi pekat lagi bagus sebab tak delah meleleh nanti.

●ambil alovera yang sudah diblender masukkan kedalam mangkuk dan sapukan pada rambut sampai lenjun!!  Haha. Agak dah kering boleh bilas dan syampu. :-)

6.PROTIEN

Protien memang sangat penting untuk pertumbuhan rambut yang sihat, bersinat, lebat. Setakat makan ikan , daging tu belum tentu dapat protien yang cukup untuk keperluan badan kan. So jawapannya dah tentulah ESP SHAKLEE. Reen sendiri memang amalkan pengambilan ESP ni. Tak pernah miss and hasilnya rambut memang tumbuh dengan sihat, bersinar. Tak ada lah masalh rambut bercabang ke hapa. So kalau uolss nak try boleh contact reen k. Jimat tau esp ni satu can boleh tahan 2 bulan. Harga dia baru rm159. Kalau uolss betul2 konsisten amik bukan rambut je cantik. Kulit jadi gebu gebas la aii..

                                   Personal fb: azureennurainkhaire

                                    Fanpage  : sihat jelita
      
                                    Instagram : azureen_nur
   
                                     Contact no.: 0108910956

2 comments:

  1. Laaaa...baru ingatkan makan yogurt td...hehe
    Jom follow memollow >susulobakmerah.blogpsot.com

    ReplyDelete
  2. Ahhaaa kan kak, sedapnya makan yogurt dengan oat.. nyumm

    ReplyDelete