Thursday, December 4, 2014

Apa push factor saya buat bisnes shaklee?

Selamat tengahati uolss semua. Kita kekenyangan makan masak lemak pucuk ubi campur petai,ikan masin,sambal belacan n ikan goreng. Wallah!!. Alhamdulillah ;-)

APA PUSH FACTOR SAYA BUAT BISNES SHAKLEE?

Mesti ramai yang tertanya kenapa saya buat bisnes shaklee ni kan?seronok sangat ke?  Muda lagi kan enjoy la.. oh tidak!. Nak enjoy pun sambil buat shaklee ni boleh je enjoy

1.Tak nak husband travel jauh sampai tua

Kelakar tak sampai tua. Hihi. Saya kesian dekat suami tiap minggu mesti kena travel. Penat tau travel ni. Tenguk muka dia kadang sampai tak cukup tidur. Saya kesian juga dekat anak  kurang kasih sayang. Kesian dia asik kena tinggal. Saya kesian dekat diri saya jugala. Haha. Pernah terfikir andai suatu hari nanti suami pergi dahulu meninggalkan saya, hayatnya tidak panjang. Bukan saya mendoakan dia tidak bersama saya. Tetapi saya cuba menyediakan payung sebelum hujan. Siapa pula nak sara saya nak bagi makan minum,pakaian. Takkan nak menghrap orang?. Bila terfikir macam ini memang saya betul-betul semangat.

2. Nak bagi mak ayah hidup senang

Adik beradik saya ramai. Mak tak kerja suri rumah sepenuh masa. Abah kerja cikgu. Walaupun kerja cikgu nak tampung anak yang ramai memang agak sukar. Saya faham dengan abah banyak tanggungjawab. Sebab itu saya perlu dan wajib buat betul2 dengan shaklee ini. Bukan untuk kepentingan saya sendiri. Tetapi untuk orang yang saya sayang.

3. Nak beri terbaik untuk MUHAMMAD FIRDAUS

Zaman makin canggih sekarang ini faham jela kan budak nak itu nak ini. Tapi bukan maksud saya, saya beri je apa yang anak mahu. Saya mahu anak saya membesar dengan selesa,seronok, dan rasa dihargai. Saya mahu buat yang terbaik untuk anak. Bila umur dia 4 tahun nanti saya mahu hantar kesekolah yang terbaik untuk dia.

4. Teringin nak beli laptop guna duit sendiri

Sejak join shaklee ni kan, baru saya tahu segalanya tentang online. Fanpage,blog, dll. Haha buta it den ni. Sekarang terasa je laptop itu penting. So, saya memang nak beli laptop tu guna duit sendiri biar saya lebih bersemangat nak buat bisnes ni. Kadang2 agak tertekan bila henset asik buat hal hang je. Tapi susah macam mana pun saya masih on dengan shaklee ni. Saya kena kuat.

Okey inilah antara push factor saya sampai ke hari ini.

Sid 1155533 yang ceria dan cantik haaaaha.
Fb:azureennurainkhaire
Fanpage:sihatjelita
Email:azureennurainkhaire@gmail.com
Call/wasap/sms:0108910956

0 comments:

Post a Comment